Masa dalam perut..
Ibu pening2.. muntah.. n macam2 lagi penyakit org mengandung..
Tapi ibu x penah kisah ngan smua tu..
Sebab kita adalah anugerah Allah yang amat bernilai kepada ibu..
Masa Lahir..
Ibu bertarung nyawa menanggung sakit yang hanya insan bergelar ibu sahaja yang tahu peritnya..
Tak cukup sakit melahirkan.. kena berpantang lagi demi mengembalikan tenaga untuk menjaga kita..
Besarnya pengorbanan ibu yang melahirkan kita ke dunia yang indah ini..
Masa kecil..
Ibu bersengkang mata siang dan malam demi melayan kerenah kita yang berbagai2
Bergolok bergadai demi mengenyangkan kita yang yang sentiasa kehausan dan kelaparan..
Tak pernah ibu peduli dirinya yang kadang2 sakit demam demi memastikan kita membesar dengan sempurna..
Masa sekolah..
Susahnya hati ibu memikirkan persekolahan anaknya..
Yang kita tahu.. ibu mesti di depan pintu kelas pada hari pertama sekolah..
Yang kita tahu.. setiap pagi sarapan mesti disediakan..
Yang kita tahu.. mesti ada duit belanja untuk ke sekolah..
Yang kita tahu.. ibu.. nak itu dan nak ini..
Bila dah jadi manusia..
Kita marah ibu bila x merestui kekasih kita
Kita jengkel bila ibu telefon kita bertanya khabar ketika kita sibuk dengan hal yang entah apa2..
Kita lupa ibu bila hidup dilimpahi kesenangan dan kemewahan..
Kita lupakan insan tua yang x berdaya itu..
Kita lupa insan tua yang bergelar IBU itu..
Bagi mereka yang masih ada hayat Ibu di dunia ini..
Jenguklah ibu bila ada kelapangan..
Layanlah kerenah mereka sepertimana ibu yang x pernah jemu melayan kerenah kita..
Ucaplah kata sayang pada ibu biar kering lidah kita mengucapkannya..
Kerana belum tahu lagi entah masih ada esok untuk ibu...
Bagi mereka yang tidak berkesempatan..
Doakanlah agar roh ibu selamat di alam sana..
Mohonlah pada Allah agar diselamatkan roh ibu dari azab seksa kubur dan akhirat kelak..
Mintalah pada Allah di cucuri rahmat ke atas roh ibu dan di tempatkan di kalangan mereka yang beriman kepadaNya..
Selamat Hari Ibu..
-Danny Morello-
Tuesday, May 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment